Learn Languages and Make friends!
100% PERCUMA!


DAFTAR SEKARANG!
Komuniti Pertukaran Bahasa Percuma
1051065
Members
A Polyglot World
They talk about us!
Media coverage - Polyglot Club

Acara Participate in offline and online events

Cari Rakan Find language exchange friends

Questions Ask a language question

Corrections Get corrections from native speakers

Chat online Use our video chat

Services Services Marketplace

Members


Acara akan datang

They talk about us!

Media coverage - Polyglot Club
Taip bandar anda:

Corrections


Questions


Language tools


Last Language Services


More information

Apa jua tahap bahasa dan kerakyatan anda, rangkaian sosial pertukaran bahasa kami membolehkan anda mempraktikkan bahasa lain, sama ada secara online ataupun offline. Dalam masa yang sama anda boleh menjalinkan tali persahabatan dengan rakan-rakan baru di samping mengenali budaya mereka. Pelajari Bahasa Inggeris, Spanyol, Perancis, Jerman, Cina, Rusian, Bahasa Arab, Portugis, Itali, Jepun, Tamil, Telugu dan SEBARANG bahasa secara PERCUMA! Sekiranya anda ingin mempelajari bahasa, tidak kira apa tahap anda sekalipun, sama ada baru di tahap awal ataupun sudah di tahap terkehadapan; sekiranya anda ingin bertemu dengan rakan-rakan antarabangsa yang baru, tidak kira sama ada anda seorang ekspatriat, pelajar Erasmus, pengembara ataupun pedagang, atau anda sememangnya seorang poliglot, atau sekadar ingin tahu tentang budaya-budaya lain..... Maka anda sememangnya berada di tempat yang betul!

Cari Kawan Bahasa

Cari rakan ahli yang sudi untuk membantu anda mempelajari bahasa kegemaran anda, dan sebagai balasan, anda akan mengajar mereka bahasa ibunda anda. Sebagai contoh, sekiranya anda dari Perancis dan ingin mempelajari Bahasa Inggeris, anda boleh mencari rakan Amerika atau Inggeris yang ingin mempelajari Bahasa Perancis. Selepas itu anda boleh mempraktikkan sama ada secara online (melalui mesej peribadi ataupun Bilik Sembang) atau offline melalui kaedah pengajaran berpasangan, ataupun semasa perjumpaan pertukaran bahasa. Ikuti rakan anda, kongsikanlah sebarang tip dan teknik belajar.

Hadiri Acara Pertukaran Bahasa di Serata Dunia

Kami menawarkan segala jenis pembelajaran bahasa serta acara kebudayaan berhampiran tempat anda bagi membolehkan anda menghayati cara pertuturan sebenar di samping bertemu dengan rakan-rakan antarabangsa, ekspatriat, orang tempatan, pelajar, pedagang, pengembara tumpang, ....: cuba tengok kelas kami yang berikutnya, kursus, bengkel, perjumpaan pertukaran bahasa, kafe poliglot, temasya antarabangsa, lawatan dan pelbagai lagi acara di Perancis, Rusia, United Kingdom, Spanyol, Bolivia, Brazil, Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Portugal, Ecuador, Belanda, Itali, Jepun, Mexico, China, Ukraine atau di MANA SAHAJA di dunia! Jika anda merasakan anda berupaya menjadi penganjur majlis, jangan keberatan untuk mencadangkan acara baru kepada komuniti. Anda juga boleh menjadi pentadbir rasmi Kelab Poliglot ataupun duta kepada negara atau rantau anda. Jom sertai kami sekarang!

Memperbetulkan Teks atau Ayat

Gunakan alat pembetul kami bagi memperbaiki kemahiran menulis anda. Apabila anda menghantar suatu entri atau karangan pendek yang ditulis di dalam bahasa yang anda pelajari, penutur asli akan membantu anda dengan pembetulan dan komen. Simpan pembetulan tersebut di dalam notebook supaya anda boleh melihatnya kembali kemudian. Sebagai balasannya, anda bolehlah membantu ahli komuniti membetulkan teks yang ditulis oleh mereka di dalam bahasa ibunda anda.

Sembang Online dalam Masa Sebenar

Gunakanlah bilik sembang kami bagi meningkatkan kemahiran menulis anda. Bilamana anda masuk ke bilik ini, beritahu saja bahasa apa yang ingin anda praktikkan - nanti pasti akan ada ahli komuniti yang sedang online datang membantu. Setelah itu, anda bolehlah memulakan perbualan secara langsung.

Tonton video pembelajaran bahasa

Saksikan pelbagai video pembelajaran bahasa yang dikongsi oleh komuniti ini. Video-video tersebut boleh digunapakai mengikut tahap kemahiran anda. Ia dapat meningkatkan kemahiran kefahaman mendengar, tatabahasa, perbendaharaan kata, sebutan dan pengetahuan anda tentang sesuatu budaya itu. Masukkan video-video terbaik anda ke dalam profil peribadi anda atau kongsikannya dengan rakan-rakan komuniti.

Sebagai contoh, komuniti kami boleh membekalkan anda dengan:
- Seorang penutur Inggeris jati yang tinggal di Paris, Barcelona atau Istanbul,
- Perjumpaan pertukaran bahasa di Moscow, Beijing atau Rio,
- Temasya antarabangsa di New York, Berlin atau Brussels,
- Kelas Bahasa Inggeris perniagaan atau perbualan di Rome, Shanghai, Tunis atau Algiers,
- Bengkel Kaligrafi Cina di Sousse , Madrid atau London ,
- Lawatan dari Paris ke London, Mont Saint Michel, Saint Malo, Brussels, la Plagne ataupun Amsterdam,
- Segala macam video untuk mempelajari dan mempraktikkan bahasa Perancis, Spanyol, Rusia, Cina, Portugis, Arab, Poland or Jerman.

Oleh itu, jangan lengah lagi, jom dan sertai kami!

Kursus Bahasa Komprehensif Français Русский язык العربية القياسية Türkçe Español Português فارسی Język polski Italiano 官話 Deutsch Українська мова Tiếng Việt Bahasa Indonesia ภาษาไทย Aҧсуа бызшәа Limba Română 한국어 Egyptian Arabic Magyar 日本語 Nederlands हिन्दी Hrvatski jezik الدارجة 粵語 Српски Νέα Ελληνικά Svenska עברית Български език Şimali Azərbaycanlılar Český jazyk Suomen kieli اُردُو தமிழ் Қазақ Wikang Tagalog Հայերէն Lietuvių kalba Bahasa Melayu বাংলা Slovenčina Català Bosanski Kurmancî Dansk తెలుగు Norsk Bokmål മലയാളം ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ ⵜⴰⵏⴰⵡⴰⵢⵜ Kiswahili 'Ўзбек тили සිංහල Tunisian Arabic ქართული ენა Eesti keel Toskë Беларуская мова Afrikaans मराठी नेपाली भाषा Latviešu Kreyòl ayisyen Монгол Хэл Slovenski jezik ኣማርኛ Wolof Fiteny Malagasy ಕನ್ನಡ Кыргыз тили Èdè Yorùbá Af-Soomaali ਪੰਜਾਬੀ Македонски јазик منځنۍ پښتو Twi မြန်မာစာ ꦧꦱꦗꦮ Türkmen dili Kabyle Тоҷикӣ Central Kurdish Lingua Latina دری Lingála Tатар теле ភាសាខ្មែរ Frysk IsiZulu Plateau Malagasy Shona Harshen Hausa Kinyarwanda Íslenska Setswana Galego Euskara ଓଡ଼ିଆ ትግርኛ Gàidhlig South Azerbaijani सिन्धी ລາວ IsiXhosa Ásụ̀sụ̀ Ị̀gbò অসমীয়া Malti Gaeilge Башҡорт теле Føroyskt Na Vosa Vakaviti Gagana Sāmoa Sesotho Sugbuanon Afaan Borana Cymraeg Ikirundi