Bantuan

NEW ARTICLE

Adakah Belajar Bahasa akan Menjadi Suatu Keperluan di Masa Hadapan?



Aplikasi "Pilot" membolehkan perbualan diterjemah ke beberapa bahasa dalam masa sebenar. Adakah teknologi seperti ini menandakan berakhirnya era belajar bahasa?

Aplikasi terhebat untuk menterjemah dalam masa sebenar


Baru-baru ini kita telah bercakap tentang aplikasi yang boleh menterjemah dalam masa sebenar melalui peranti dengar.
Peranti dengar ini dihubungkan ke aplikasi mudah alih yang boleh menterjemah kepada 4 bahasa dalam masa sebenar. Peranti ini boleh didapati bermula 2017. Ia membolehkan pengguna berkomunikasi dengan orang asing tanpa perlu mempelajari bahasa mereka.
Masih ingatkah filem "Lost in Translation". Pernah tak anda rasa macam tenggelam punca seolah-olah hilang upaya untuk berkomunikasi ketika berada di tempat asing?
Untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi ketika melancong di negara yang asing buat anda, atau menghadapi pelancong yang kemurungan di tempat anda, Waverly Labs yang berpejabat di New York dikatakan mempunyai penyelesaiannya. Terima kasih kepada sepasang peranti dengar yang digelar "Pilot".

Jika terbukti sistem ini berkesan sebagaimana dakwaan syarikat terbabit, ia akan terlebih dahulu digunapakai untuk menterjemah Bahasa Inggeris, Spanyol, Itali dan Perancis. Semuanya dalam masa sebenar.
Untuk peringkat awal, syarikat akan memastikan dalam tempoh dua tahun ini, ungkapan-ungkapan dalam bahasa Hindi, Arab, rumpun Slavia, Afrika dan Asia boleh juga didapati. Justeru itu pengasas Pilot yakin bahawa mereka boleh menjadikan "dunia tanpa sempadan bahasa".

Untuk menggunakan alat penterjemah generasi baru ini, adalah memadai dengan memasang satu peranti dengar di telinga anda, dan satu lagi di telinga teman bicara anda.
Elemen penting bagi menghubungkan kedua-dua peranti tersebut adalah telefon pintar yang boleh memuat turun pelbagai bahasa yang ada. Algoritma pengecaman kata akan melakukan tindakan yang seterusnya. Ia juga boleh digunakan dalam keadaan offline, secara tak langsung menjimatkan kos penggunaan data internet semasa pengguna berada di luar negara.
Pencipta Pilot telah mengumumkan produk generasi kedua yang berupaya menterjemah kata-kata teman bicara tanpa menggunakan peranti dengar.

Satu visi yang mula menampakkan hasil, di kalangan pakar - persoalan tentang kepentingan mempelajari bahasa asing di masa hadapan ...

Itulah yang akan kita bincangkan sekarang!

Apakah nanti belajar bahasa asing tidak lagi berguna?


Di samping contoh peranti "Pilot" yang masih perlu dibuktikan prestasinya, sekarang ini, kita sudah boleh menghantar mesej dalam pelbagai bahasa di Facebook, kita juga sudah boleh bertutur bahasa Cina di Skype, malah boleh membaca artikel sainstifik yang ditulis dalam Bahasa Inggeris - Terima kasih Google! Semua ini adalah nyata, bukan khayalan sains.

Jelasnya, mengetahui perkembangan yang belum terjadi khususnya melalui kecerdasan buatan, sesetengah mereka telah mula mempersoalkan sama ada mempelajari bahasa asing masih menjadi satu keperluan. Persoalannya lagi, adakah nanti kita masih lagi memerlukan jurubahasa atau penterjemah?
Jika kita mendengar terjemahan daripada alat penterjemah, masih belum masanya untuk menyamakannya dengan terjemahan manusia. Bagi mereka, terjemahan - sama ada melalui kecerdasan buatan mahupun bukan, tidak boleh dirumuskan sebagai persamaan komputer kerana ia lebih bersifat seni berbanding sains! Ini suatu hujah yang sukar dipertikaikan... buat masa ini. Hujah ini juga pasti boleh ditolak sebagaimana kita mengatakan komputer pasti tidak boleh menewaskan seorang ahli dalam permainan catur, atau komputer lebih cekap dalam Permainan 'Go', - dua pertaruhan yang seseorang itu sudah pasti tidak mampu bertahan lama dalam pertarungan dengan robot pintar baru.
Tanpa pergi ke masa hadapan, perlu diketahui bahawa algoritma terjemahan telah menghasilkan keputusan cemerlang, contohnya pada teks peraturan Eropah. Bukan sekadar itu, ia terkod sempurna di dalam strukturnya, membolehkannya digunapakai dengan baik sekali dalam penterjemahan komputer, dan sudah tentu jauh lebih cepat. Adalah benar untuk teks yang bersifat umum seperti novel, terjemahan automatik masih lagi agak mengecewakan.
Bagi pemerhati lain, bukannya membimbangkan, kita semua bergembira bahawa algoritma boleh membantu kita untuk berinteraksi dengan orang dari budaya yang berbeza.
Dan kemudian orang-orang yang mahu menetap di luar negara akan tiada pilihan tetapi untuk belajar bahasa tempatan. Jika seorang rakyat Amerika mahu menetap di Côte d'Azur untuk hari tua, dia perlu belajar Perancis.
Bagi yang lain, terjemahan automatik akan terutamanya peluang, kerana ia akan melepaskan tenaga baru, termasuk dalam pengambilan kakitangan.

Dan anda, adakah anda fikir bahawa ia tidak lagi akan menjadi perlu untuk belajar bahasa pada masa akan datang? Sila tinggalkan komen di bawah.

Related topics:

Comments

Filter by Language:
 2  1  1 All